Tuesday, October 16, 2012

Bidadari Syurga...


Bidadari Syurga merupakan makhluk yang sangat indah. Diciptakan oleh Allah Taala di dalam Syurga untuk orang-orang yang bertaqwa dan beramal. Gambaran keindahan bidadari ini telah dirakamkan di dalam Al-Quran dan Hadith.

AL-QURAN

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
(Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)




HADITH 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)


Penulis: Begitulah gambaran keindahan bidadari Syurga yang telah disediakan oleh Allah Taala untuk orang yang bertaqwa dan beriman. Sesungguhnya keindahan Syurga itu sendiri tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Namun semua ini hanyalah nikmat-nikmat kecil jika dibandingan nikmat yang paling besar dan tertinggi untuk hamba-hamba Allah Taala iaitu apabila dapat melihat wajah Allah Taala di Syurga. Inilah kemuncak nikmat dibandingan dengan nikmat-nikmat yang telah ada di dalam Syurga itu sendiri. =)
Sekian. Assalamualaikum.
Sumber: Syahirul.Com

Monday, October 15, 2012

Untuk Hawa..andai mahu menerima cinta Adam..





1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..


andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. 
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..


2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..


andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..


3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..


andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..







Penulis : Oleh itu, pilihlah yang terbaik sebagai teman hidup kita.. doakan yang terbaik.. JODOH ITU MILIK ALLAH SWT.. maka buatlah istikharah mohon petunjuk Ilahi agar kita mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.. =)





Saturday, October 13, 2012

Ulama' - Ulama' Yang Pernah Ku Temui!!

Antara Ulama' Yang Pernah Ku Temui...

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al - Banjari al - Makki
ulama' tersohor nusantara 

Al-Fadhil
Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari
Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1
September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah
suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau
menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan
pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang
di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti
Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah,
Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa
Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih
Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983
beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir
dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda.
Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat
al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada
tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar,
beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada
ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir
sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar
kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab
berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah
menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang
dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau
bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk
Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

Al Alim Al Allamah Al Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:


1. Ustadz Hasan Baharom

2. Ustadz Soleh Bal As'ad

3. Ustadz Abdul Hamid

4. Ustadz Soleh Bin Agil

5. Ustadz Ahmad Barakwan

6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar



dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.


Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:


1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)

2. Al Habib Ali Masyhur

3. Al Habib Salim As Syatiri

4. Al Habib Hasan As Syatiri

5. Al Habib Abdullah Bin Syihab

6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur

7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus

8. Syeikh Fadal Ba Fadal

9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf

10. Syeikh Umar Husain Al Khatib

11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib

12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri



Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim

2. Dr. Saad Jawish

3. Dr. Ali Jum'ah

4. Dr. Muhammad Jibril



Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.


Al Alim Al Allamah Al Habib Syed Naqjamudin Syed Othman Al-Khered
merupakan ulama' berketurunan Nabi Muhammad SAW

Nama beliau adalah NAQJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.
 
Pendidikan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6. Muar High School hingga tingkatan 3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia). Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh. Kerjaya Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Karangan dan Terjemahan Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi). Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi).

Mengumpat: Say NO!


“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya 

yang lain...”


(Surah al-Hujarât:12)



Bismillah....

Mengumpat ini salah satu cara membuka aib orang lain...

Oleh itu, jangan sesekali nak mengumpat, bukan sahaja mengumpat tau??? tumpang dengar pun tak boleh.. 

Ingat!! Jangan pernah cuba untuk membuka aib saudara kita kerana jika tidak maka Allah SWT akan membuka aib kamu di akhirat kelak..

BERUSAHA UNTUK BERUBAH!! ANDA BOLEH!!


::KEJAYAAN MANUSIA HANYA ADA DALAM AGAMA::

Wednesday, March 28, 2012

Meminum Air Sungai Al-Kautsar Takkan Haus Selamanya...

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW pernah melihat sungai yg dinamakan Al-Kautsar. Sungai ini dilingkari oleh bukit2 yg terdiri daripada permata2 dan tanahnya dari wangian yg paling wangi. Tepian sungai ini terdiri daripada emas sedangkan anak2 batunya dari mutiara. Barangsiapa yang meminum air dari Al-Kautsar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak akan merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama2 sungai di syurga, tidak ada disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran tetapi dalam sebuah hadis ada disebutkan:

''Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai Rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah SWT memberikan minuman dari sungai itu.''

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

gambar sekadar hiasan...


Cahaya Di Atas Cahaya : Surah An-Nur : 35


"Allah cahaya petala langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya bagaikan sebuah misykat yang didalamnya terdapat pelita terang. 

Pelita tersebut didalam kaca, kaca itu seakan-akan kaukab yang berkilau dinyalakan (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya; pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. 

Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa-siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

 (Q.S. An Nuur : 35)

Diantara kumpulan asma-asma Nya yang tiada terhitung terdapat salah satu asma teragung-Nya, yakni Ismul Adzham, merupakan cahaya Allah paling terang diantara limpahan cahaya-cahaya yang menunjuk kepada-Nya. Cahaya Allah teragung ini merupakan cahaya sumber tempat cahaya-cahaya mengambil cahayanya. Cahaya yang menyinari kehidupan seorang hamba, yang hadir dari sang pemilik Cahaya, Allah SWT.

Duhai pemilik CAHAYA… ENGKAULAH pemberi CAHAYA DI ATAS CAHAYA…
Terangilah hati ini dengan CAHAYA INDAH-MU...
Terangilah sanubari ini dengan CAHAYA AGUNG-MU…
Agar ku selalu berjalan dalam terangnya hati...
Ku dapat berjalan sesuai petunjuk-MU…
Dan....agar ku tak kan tersesat dari jalan-MU….

Ingatlah wahai sahabat, kita hanyalah pengembara di dunia ini untuk mencari bekalan iman dan taqwa.. sampai masa kita semua akan kembali ke negeri akhirat yang kekal abadi.. negeri yang tiada penghujungnya.. cubalah kita fikir dan renungkan sejenak dengan akal kurniaan Allah Azza Wajalla kepada kita.. Dari manakah kita datang?? Tujuan apakah kita hidup di dunia ini?? dan kemanakah kita akan pergi selepas ini.. Mashaallah Tabarakallah =)

dunia sementara, akhirat kekal selamanya.. salam perjuangan daripada saya nashznasrul..

Sunday, March 18, 2012

Malam Pertama Di Syurga : 3 Cahaya Di Syurga

NAMA-NAMA SYURGA


1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi




Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat (syurga) ada tiga cahaya yang berlainan: 


1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.


2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan purnama.


3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


CAHAYA YANG PERTAMA:


bintang-bintang


Cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia mereka segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci    dan mengambil wuduk apabila terdengar azan.


CAHAYA YANG KEDUA:


bulan purnama


Cahaya wajah mereka yang mengambil wuduk sebelum azan.


CAHAYA YANG KETIGA: 


cahaya matahari

Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

aplikasikanlah dalam kehidupan realiti..
berusaha untuk berubah dan berubah untuk berusaha..

-nashznasrulz-

Malam Pertama di Syurga : Sungai2 Di Syurga..

sesungguhnya keindahan syurga tidak pernah terlintas di hati mahupun di akal fikiran.. (gambar sekadar hiasan)...

Sungai di Syurga adalah sesuatu yg pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhanti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut beruapa sungai madu, sungai khamar yg tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sunga-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis: 

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. di atas Firdaus terdapat 'Arasy Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."


(Hadis Riwayat Bukhari)

Mata air syurga ada yang bernama Salsabila yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla (muqarrabin), sedang para abrar (org yg berbuat baik), maka Allah SWT memberi mereka air yg diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan Zanzabil (air halia yg segar dan wangi).

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."

(Al-Insan: 5)

Dipetik dari buku Malam Pertama di Syurga..

-nashznasrulz-


Saturday, March 17, 2012

Carilah Hatimu Di 3 Tempat..

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,


"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"

[Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min, m/s 43 (Aqwam, 2010)]

1- KETIKA MEMBACA AL-QURAN

2- KETIKA SOLAT

3- KETIKA MENGINGATI KEMATIAN

Sesungguhnya, marilah kita semua muhasabah diri dan bersama-sama berusaha untuk mencari dimana hati kita.. Gagal di dunia, gagal sementara.. gagal di akhirat kekal abadi...
Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!
-nashznasrulz-


Bingkisan Buat Hawa...

gambar sekadar hiasan.. sumber: DigitalMukmin
Hawa
Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan....
Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah  iman di buaian dunia
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia
Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah
Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan..
Penulis :Syafiq Wahab / Artikel ILuvIslam...