Wednesday, March 28, 2012

Meminum Air Sungai Al-Kautsar Takkan Haus Selamanya...

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW pernah melihat sungai yg dinamakan Al-Kautsar. Sungai ini dilingkari oleh bukit2 yg terdiri daripada permata2 dan tanahnya dari wangian yg paling wangi. Tepian sungai ini terdiri daripada emas sedangkan anak2 batunya dari mutiara. Barangsiapa yang meminum air dari Al-Kautsar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak akan merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama2 sungai di syurga, tidak ada disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran tetapi dalam sebuah hadis ada disebutkan:

''Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai Rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah SWT memberikan minuman dari sungai itu.''

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

gambar sekadar hiasan...


Cahaya Di Atas Cahaya : Surah An-Nur : 35


"Allah cahaya petala langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya bagaikan sebuah misykat yang didalamnya terdapat pelita terang. 

Pelita tersebut didalam kaca, kaca itu seakan-akan kaukab yang berkilau dinyalakan (minyak) dari pohon yang banyak berkahnya; pohon zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula disebelah barat, yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi walau tanpa disentuh api. 

Cahaya diatas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa-siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

 (Q.S. An Nuur : 35)

Diantara kumpulan asma-asma Nya yang tiada terhitung terdapat salah satu asma teragung-Nya, yakni Ismul Adzham, merupakan cahaya Allah paling terang diantara limpahan cahaya-cahaya yang menunjuk kepada-Nya. Cahaya Allah teragung ini merupakan cahaya sumber tempat cahaya-cahaya mengambil cahayanya. Cahaya yang menyinari kehidupan seorang hamba, yang hadir dari sang pemilik Cahaya, Allah SWT.

Duhai pemilik CAHAYA… ENGKAULAH pemberi CAHAYA DI ATAS CAHAYA…
Terangilah hati ini dengan CAHAYA INDAH-MU...
Terangilah sanubari ini dengan CAHAYA AGUNG-MU…
Agar ku selalu berjalan dalam terangnya hati...
Ku dapat berjalan sesuai petunjuk-MU…
Dan....agar ku tak kan tersesat dari jalan-MU….

Ingatlah wahai sahabat, kita hanyalah pengembara di dunia ini untuk mencari bekalan iman dan taqwa.. sampai masa kita semua akan kembali ke negeri akhirat yang kekal abadi.. negeri yang tiada penghujungnya.. cubalah kita fikir dan renungkan sejenak dengan akal kurniaan Allah Azza Wajalla kepada kita.. Dari manakah kita datang?? Tujuan apakah kita hidup di dunia ini?? dan kemanakah kita akan pergi selepas ini.. Mashaallah Tabarakallah =)

dunia sementara, akhirat kekal selamanya.. salam perjuangan daripada saya nashznasrul..

Sunday, March 18, 2012

Malam Pertama Di Syurga : 3 Cahaya Di Syurga

NAMA-NAMA SYURGA


1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi




Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat (syurga) ada tiga cahaya yang berlainan: 


1. Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.


2. Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan purnama.


3. Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.


CAHAYA YANG PERTAMA:


bintang-bintang


Cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia mereka segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci    dan mengambil wuduk apabila terdengar azan.


CAHAYA YANG KEDUA:


bulan purnama


Cahaya wajah mereka yang mengambil wuduk sebelum azan.


CAHAYA YANG KETIGA: 


cahaya matahari

Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

aplikasikanlah dalam kehidupan realiti..
berusaha untuk berubah dan berubah untuk berusaha..

-nashznasrulz-

Malam Pertama di Syurga : Sungai2 Di Syurga..

sesungguhnya keindahan syurga tidak pernah terlintas di hati mahupun di akal fikiran.. (gambar sekadar hiasan)...

Sungai di Syurga adalah sesuatu yg pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhanti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut beruapa sungai madu, sungai khamar yg tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sunga-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis: 

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. di atas Firdaus terdapat 'Arasy Allah dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."


(Hadis Riwayat Bukhari)

Mata air syurga ada yang bernama Salsabila yang akan diberikan kepada orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla (muqarrabin), sedang para abrar (org yg berbuat baik), maka Allah SWT memberi mereka air yg diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan Zanzabil (air halia yg segar dan wangi).

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."

(Al-Insan: 5)

Dipetik dari buku Malam Pertama di Syurga..

-nashznasrulz-


Saturday, March 17, 2012

Carilah Hatimu Di 3 Tempat..

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata,


"Carilah hatimu di tiga tempat: pertama, ketika membaca al-Qur'an; kedua, ketika solat; ketiga, ketika mengingat kematian. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!"

[Amru Khalid, 'Ibadatul Mu'min, m/s 43 (Aqwam, 2010)]

1- KETIKA MEMBACA AL-QURAN

2- KETIKA SOLAT

3- KETIKA MENGINGATI KEMATIAN

Sesungguhnya, marilah kita semua muhasabah diri dan bersama-sama berusaha untuk mencari dimana hati kita.. Gagal di dunia, gagal sementara.. gagal di akhirat kekal abadi...
Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!
-nashznasrulz-


Bingkisan Buat Hawa...

gambar sekadar hiasan.. sumber: DigitalMukmin
Hawa
Hawa yang aku cari dalam melengkapi diri
Menutup kesunyian dalam kesepian
Melengkap kekurangan dalam aku kesorangan
Menutup satu pintu fitnah dikala berduaan
Membuka seribu jalan kebahagiaan
Menyusur langkah ke Jannah
Dalam kita berpimpin tangan....
Hawa
Peliharalah auratmu dikala bersua
Labuhkan hijab penutup dosa
Aku mengerti
Kita hamba mudah alpa
Goyah  iman di buaian dunia
Hawa, adakah kau lupa
Kau dipandang tinggi satu ketika
Tanganmu yang lembut
Bisa menggoncang dunia
Hawa
Peliharalah akhlakmu diakhir zaman
Banyak dugaan banyak pula cubaan
Kau diuji tanda kasih ilahi
Kau diuji tanda iman di hati
Jauhkanlah pasrah tatkala hati menjadi gundah
Rapatkan dahimu di tikar sejadah
Yakinlah yang terbaik dari Allah
Hawa
Kau suri di dalam hati
Kau srikandi dibelakang suami
Kau tonggak keluarga hakiki
Jadilah dikau isteri sejati
Jadilah dikau ibu mithali
Yang pasaknya pada jujur
Sandarnya pada iman
Hatinya penuh ketakwaan..
Penulis :Syafiq Wahab / Artikel ILuvIslam... 


"Portrait of a Friend"..















◕‿◕。 "Portrait of a Friend"..

I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine.
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge,
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.

˚•° (。◕‿◕)°•˚



selamat membaca.. kepada sesapa yang xfaham bahasa Inggeris ini bolehlah pergi kat GOOGLE TRANSLATE.. 

-nashznasrulz-

Cintaku kepadamu keranaNya!!


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ♥ seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”

♥ Rebutlah cinta yg hakiki kerana Dialah akan membuatkan kita saling mencintai ♥



CINTA ITU INDAH, CINTAILAH CINTA : MANUSIA DAN CINTA IBARAT ISI DAN KUKU..


:nashz:

Monday, March 5, 2012

Satu Kisah Kehidupan...


Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Sunday, March 4, 2012

Titanic and The Day After Tomorrow...

SALAM..

Malam ni nashz rase nak tulis pasal filem yg nashz sangat suka tengok.. dulu masa cuti sem nashz selalu tgk citer ni kat astro.. mcm2 ada.. hehe... filem Titanic dengan filem The Day After Tomorrow... inilah dua filem yg nashz suka sgt tengok antara filem2 yg nashz gemari.. ade lagi filem2 lain tpi filem ni yg terbaik.. hehhe..

mula2 nak citer pasal TITANIC..

filem nie sangat best sbb nampak real sekali... boleh feeling2 pulak.. hehehe... lepas tu duk berangan je keje.. keh3.. nak tanya?? korang minat tak filem nie.. mesti minat kan.. walaupun filem ni dah lama namun tetap baru bagi nashz.. cehh ayat... haha.. setelah menyelidiki filem ini dgn mengembara di alam maya.. tup2 nashz terjumpa disebalik tabir filem ini... ade beberapa keping gambar di sebalik tabir yg menunjukkan bagaiman filem ini dibuat.. huhu... jom check it out >>>>>>>




tarik jgn tak tarik... haha... dalam giler laut :P

tolong!!! dah nak tenggelam nie.. 

ooo.. camni rupenya... :D



inilah contoh2 gambar yg ade.. mmglah bukan real.. nama pun filem kan.. takkanlah nak buat yg real.. apa2pun filem ini sangat best..

yg kedua filem THE DAY AFTER TOMORROW.. filem ini adalah filem bencana alam akibat pemanasan global.. kira kenalah dgn nashz yg study GEOGRAFI nie.. hehehe.. citer ni  ada ribut hurikan dan tsunami besar yg menyebabkan semua akan menjadi ais jika terdedah.. samapai petrol helikopter pun boleh beku.. betapa sejuknya.. huhu.. jom tengok pic...

poster filem.. dah lama dah.. sejak tahun 2004 lagi.. tsunami besar giler melanda..

ni tsunami besar yg melanda kota New York.. bertempiaran org lari.. huhu.. berdebar gak rasenya.. haha
nilah serba sedikit pasal kedua citer nie.. sekian dimaklumkan.. hahahah...




Saturday, March 3, 2012

Geng Bas Sek0lah (GBS) !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hai uolls semua, apa khabar?? sihat tak?? kalau sihat alhamdulillah... itulah satu nikmat yg kita kena syukuri..

entri kali ini berkaitan dgn Geng Bas Sekolah atau GBS... hahaha.. mesti korang nak tahu kan??? sebenarnya NN pergi mendaftar untuk dapatkan lesen  kat sebuah sekolah memandu kat semenyih.. dekat je dgn Bukit Broga yg NN daki haritu.. tapi pagi tadi terkejut jugak pihak sekolah hantar sebuah bas sekolah untuk ambik kit0rang kat UKM ni... huhuhu... bas budak2 sekolah rendah pulak tu.. kecik giler.. hahaha.. bergegar habis bas bila terlanggar bonggol2 kat tengah jalan, mcm nak roboh jer.. perasaan mmg happylah.. sebab first time naik bas mcm itu yg mengembalikan nostalgia zaman persekolahan... bajet jer.. mcmlah NN selalu naik bas masa sekolah rendah dulu.. hihi...


Geng Bas Sekolah

ditambah pulak dgn lagu dikir yg dipasang sekuat2nya... sampai menjadi tumpuan semua mata yg memandang... haha... rasa mcm glamour sekejap.. wakaka.. dah semua org nak tgk aje.. boleh pulak kan.. tapi mmg xpeliklah org tgk sbb bas tu mmg pelik pon.. hua3.. ape2 pun sangat happy dgn pengalaman seperti itu..


setelah hampir sejam perjalanan.. tibalah ke sekolah memandu itu... kena dgr ceramah amali selama 6 jam.. woo.. nak pengsan jap... haha.. ingatkan boring, kalau boring NN nak tido je kali ni.. tapi jangkaan NN meleset.. rupa2nya ceramah yg diberikan sgt kelakar.. ceramah diberikan oleh En. Hizwan.. NN dan seluruh kelas tu asyik ketawa aje.. at least tak terasalah sangat 6 jam itu.. tgk2 dah nak balik dah.. 

sebelum balik sempat jugak tgk org naik Bukit Broga.. teringat sem lepas semasa NN naik bukit itu.. sangat tinggi.. well, pertama kali mendaki bukit... dahlah semput.. xsempat sampai ke puncak lagi.. jantung berdegup kencang mcm nak keluar.. ish3.. mungkin kurang stamina kot.. huhu.. ape2pon NN berjaya sampai ke puncak ok.. siap posing2 ambik gambar  sepuas2nya.. itu yg penting.. pemandangan dari ats Broga Hill mmg cantik.. sungguh indah sekali alam ciptaan Allah Azza Wajalla ini... aik, NN nak cerita pasal sekolah memandu tpi ni dah melencong ke bukit broga pulak nie.. hihi..

badan pun dah penat, kepala pun dah pening.. ditambah pulak dgn perasaan lapar.. tapi sempat lagi tulis entri ini... inilah satu coretan pengalaman yg ditempuhi oleh NN pada hari ini... hari ini yg merupakan realiti.. hari esok pula merupakan satu harapan.. satu tujuan, satu harapan dan satu destinasi, mengharap impian menjadi realiti.. haha.. mcm kenal kan ayat nie.. xpelah yg penting enjoy :D

oklah rasanya dah cukup NN menaip nie.. semoga kita ketemu lagi lain waktu... tata.. titi.. tutu... sekian...