Friday, January 7, 2011

MuTiaRa KaTa PeRSaHaBaTaN....



CURAHAN RASA HATI

Duhai teman sejatiku….
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan..
Tanda persahabatan berpintal iman..
Lantaran tak dapat kusembunyi..
Apa yang melingkar di hati..
Kasihku padamu tidak terperi..
Terhampar luas tak bertepi..


KAU PENYELAMAT

Di saat gersang jiwaku..
Kau sirami muhasabah..
Di saat tandus amalku..
Kau suburkan qudwah..
Di saat gugur semangatku..
Kau bajai quwwah..


SUSAH PAYAH BERSAMA

Tika air mataku berguguran..
Kau turut kepiluan..
Tika senyumku tak lekang..
Kau ceria berpanjangan..
Tika kesedihan bertamu..
Kau hiburkan semampumu..
Tika lemah menyapa..
Kau ingatkan janjiNya..
Tika kejayaanku tercipta..
Kau doakan redaNya bersama..


UKHUWAH INI DEMI CINTA AGUNGNYA

Duhai teman sejatiku…
Masihkah kau semadikan di minda?..
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita..
Adalah cinta tulus bersulam takwa..
Rangkaian jiwa sesama insan manusia..
Menjadi lambang keagungan cinta..
Terhadap Sang Khalid Maha Pencipta..


METERI PERJANJIAN SETIA

Berjanjilah teman..
Ukhuwah kita yang terbina..
Kerana cinta padaNya..
Takkan terhalang..
Oleh tembok minda manusia..
Takkan hilang..
Dek api yang menjulang..
Takkan sirna..
Dek kabus yang kelam..
Tapi hanyakan musnah..
Dek hati yang hitam..



No comments:

Post a Comment