Friday, January 7, 2011

WaNiTa SoLeHaH PenGHiBuR HaTi..





WANITA SOLEHAH…. 
SENANTIASA TENANG JIWANYA 
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT 
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA 
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN 
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA 
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN 
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH 

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH 

INILAH WANITA SOLEHAH 
TIDAK MEMBIARKAN DIRI 
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN 
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM 
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA....

DIRINYA TENTERAM 
MEMBIARKAN HIBURAN 
KIRANYA IA SEORANG ISTERI 
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI 

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI 
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA 
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA 
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA 
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA 
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI 
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA 
MENJADI KEKUATAN JIWA 
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA 

NATIJAHNYA, 
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

KeampunanMu Ya Allah...



Ya Allah,
Yang Maha Memiliki Kebesaran Dan Kemuliaan,
Engkaulah Tuhan Yang Mencintai Hambanya,
Ku Memohon Keampunan Dari Segala Dosa-Dosaku,
Dari Yang Sekecil-kecilnya Hingga Sebesar-besarnya,

Keindahan Dan Keajaiban Alam CiptaanMu,
Membawa Kepada Renungan Tentang Kebesaran Dan KebesaranMu Yang Tiada Batasan,
Sekecil Hamba Insan Dunia Yang Mengharapkan perkenanMu,
Semoga Menjadi Manusia Yang Bertaqwa Dan Soleh DisisiMu,

Sedang Hamba Menzalimi Diri Hamba Sendiri,
Jika Engkau Tidak Mengampuni Diri Ini,
Maka Hamba Telah Tergolong Dalam Golongan Orang-orang Yang Rugi,

Wahai Tuhan Yang Maha Menguasai Langit Dan Bumi,
Segala Apa Yang Ada Antara Kedua-duanya,
Segala Apa Yang Ada Didalamnya,
Dan Segala Apa Yang Ada Di Bawahnya,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....

Wasiat Terakhir Rasulullah SAW....



Pada 9 Zulhijjah, berlaku satu peristiwa besar dan menjadi catatan yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam.

Peristiwa yang dikaitkan dengan sejarah perjuangan Rasulullah saw itu adalah saat berharga dan menyimpan pelbagai teladan bagi umat zaman ini.

Ia adalah pesanan terakhir daripada seorang nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk menyebarkan dakwah tauhid serta mengajak manusia mengesakan khalik (pencipta) sebenar yang Maha Agung dan Maha Bijaksana.

Pesanan ini disampaikan dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah.

Isi khutbah itu adalah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.

"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini.

"Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

"Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

"Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
"Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

"Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

"Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

"Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu.

"Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu.

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain.

"Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan.

"Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru.

"Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.

"Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

"Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku.

"Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."

Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini...

KaLiMaH SuCi....



Salam…
Ucapan Yang Indah
Keluar Dari Mulut Insan
Yang Bergelar Muslim

Alhamdulillah…
Lafaz Kesyukuran
Tanda Terima Kasih
Kepada Allah Azza Wajalla

Subhanallah…
Diucapkan Ketika Manusia
Melihat Keindahan ynag pesona
Sebagai Tanda Menghargai ciptaanNya

Lailahaillallah…
Kalimah Yang Suci
Lebih Berat Daripada
Dunia, Langit Dan Seisinya

Allahuakhbar…
Takbir Kebesaran Ilahi
Diucapkan Manusia
Ketika Suka Dan Duka

MuTiaRa KaTa PeRSaHaBaTaN....



CURAHAN RASA HATI

Duhai teman sejatiku….
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan..
Tanda persahabatan berpintal iman..
Lantaran tak dapat kusembunyi..
Apa yang melingkar di hati..
Kasihku padamu tidak terperi..
Terhampar luas tak bertepi..


KAU PENYELAMAT

Di saat gersang jiwaku..
Kau sirami muhasabah..
Di saat tandus amalku..
Kau suburkan qudwah..
Di saat gugur semangatku..
Kau bajai quwwah..


SUSAH PAYAH BERSAMA

Tika air mataku berguguran..
Kau turut kepiluan..
Tika senyumku tak lekang..
Kau ceria berpanjangan..
Tika kesedihan bertamu..
Kau hiburkan semampumu..
Tika lemah menyapa..
Kau ingatkan janjiNya..
Tika kejayaanku tercipta..
Kau doakan redaNya bersama..


UKHUWAH INI DEMI CINTA AGUNGNYA

Duhai teman sejatiku…
Masihkah kau semadikan di minda?..
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita..
Adalah cinta tulus bersulam takwa..
Rangkaian jiwa sesama insan manusia..
Menjadi lambang keagungan cinta..
Terhadap Sang Khalid Maha Pencipta..


METERI PERJANJIAN SETIA

Berjanjilah teman..
Ukhuwah kita yang terbina..
Kerana cinta padaNya..
Takkan terhalang..
Oleh tembok minda manusia..
Takkan hilang..
Dek api yang menjulang..
Takkan sirna..
Dek kabus yang kelam..
Tapi hanyakan musnah..
Dek hati yang hitam..



ILMUAN ISLAM !!!



IBNU KHALDUN
v  Membawa panji-panji ilmu sejarah, sains sosial dan pembangunan.

ABU ZAKARIA AL-RAZI
v  Membawa panji-panji ilmu kedoktoran kepada manusia.

IBN SINA
v  Membawa panji-panji ilmu falsafah dan kedoktoran kepada manusia.

SYARIF IDRISI
v  Menyumbangkan panji-panji ilmu geografi.

ABU BAKAR AL-KHAWARIZM
v  Membawa panji-panji ilmu matematik dan falak.

ALI BIN HAITHAM
v  Membawa panji-panji ilmu tabi’i dan optik.

ABU QASIM ZAKHRAWI
v  Memartabatkan panji-panji ilmu pembedahan.

ABU ZAKARIA ‘AWWAM
v  Memuncakkan panji-panji ilmu tumbuhan.

ABU BANA’
v  Membawa panji-panji ilmu hisab.

ABU RAIHAN AL-BAIRUNI
v  Membawa panji-panji ilmu sejarah klasik dan kesan-kesannya.

IMAM AL-GHAZALI
v  Menjulang panji-panji ilmu kritikan, pendidikan dan menyelesaikan kerosakan jiwa.

IMAM MALIK, ABU HANIFAH, SYAFI’I DAN AHMAD BIN HANBAL
v  Mempelopori panji-panji keutamaan fiqh dan undang-undang.

SuaRa HaTiKu.....


Ya Allah Ya Tuhanku,
Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun,
Kupohonkan keampunan dariMu,
Dari segala dosa-dosaku,

Dari hati yang ikhlas,
Dari jiwa manusia yang ada dalam genggamanMu,
Kumemohon perkenankanlah doaku,
Segala hajat yang terbuku dihatiku,

Wahai Dzat Yang Maha Agung,
Engkau menguji hamba yang dicintaiMu,
Untuk melihat kesabaran yang ada pada jiwa itu,
Sesungguhnya iman dan taqwalah yang menjadi kunci kesabaran itu,

Kecintaanku kepadaMu Ya Allah dan RasulMu melebihi yang lain,
Pengharapan dan rinduku yang mendalam untuk berjumpa Nabi Muhammad,
kekasihMu dan Nabiku,
Mudah – mudahan diri ini dirahmati hendaknya.



Siapa Aku Dalam Mengenal Diri Insan?....





Aku datang dari Allah Taala. AKU adalah ma'lum (yang diketahui) dalam ilmu (pengetahuan) Allah Taala. Kemudian AKU berada di alam ruh. Bila sampai masanya hendak lahir ke dunia ia dihembuskan ke bakal bayi dalam rahim ibu. Cukup masanya dalam rahim ibu itu, ia pun lahir ke dunia bersama badan fizikal yang berbentuk bayi.

AKU akan berada di alam dunia sampai ajalnya tiba. Kemudian ia masuk pula ke alam barzakh. Setelah berada sekian lama, maka ia akan dipertimbangkan di Hari Pengadilan. AKU akan masuk ke Syurga atau Neraka. Mudah-mudahan janganlah masuk ke Neraka hendaknya. 


Maka AKU pun kembali ke hadrat Allah Taala. Dari Allah Taala AKU datang, kepada Allah Taala AKU kembali. Disana kekallah hidup bersama dengan Yang Maha Hidup (Allah Taala) selama-lamanya. Itulah perjalanan AKU. Mengembara dari satu alam ke satu alam.

AKU tidak patut dipuji kerana ia ''kosong''. Yang Wujud Hakiki hanya Allah Taala. AKU tidak memuji ''ghairullah'' (selain Allah Taala) kerana ghairullah itupun kosong jua. Yang patut dipuja dan dipuji hanya Yang Wujud Hakiki itu sahaja.

AKU hanya satu ombak dari lautan Ar-Rahman. AKU hanya satu ayat dalam karangan Pengarang Kitab Yang Maha Besar (Allah Taala). AKU hanya satu bayangan dari bayangan Dia Yang Maha Ada. Itulah AKU yang tidak berpisah dengan Tuhanku.

Hidup AKU kembali ke hidupNYA. Gerak AKU kembali ke gerakNYA. Diam AKU kembali ke diamNYA. Sifat AKU kembali ke sifatNYA. Nama AKU kembali ke namaNYA. Amalan AKU kembali ke amalanNYA. Wujud AKU kembali ke wujudNYA.


Sesungguhnya, AKU itu akan kembali kepadaNYA, laksana cahaya kembali ke Matahari, seperti ombak kembali ke laut. Tempat kembali itulah tempat AKU yang sebenarnya.