Tuesday, October 16, 2012

Bidadari Syurga...


Bidadari Syurga merupakan makhluk yang sangat indah. Diciptakan oleh Allah Taala di dalam Syurga untuk orang-orang yang bertaqwa dan beramal. Gambaran keindahan bidadari ini telah dirakamkan di dalam Al-Quran dan Hadith.

AL-QURAN

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
(Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)




HADITH 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)


Penulis: Begitulah gambaran keindahan bidadari Syurga yang telah disediakan oleh Allah Taala untuk orang yang bertaqwa dan beriman. Sesungguhnya keindahan Syurga itu sendiri tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Namun semua ini hanyalah nikmat-nikmat kecil jika dibandingan nikmat yang paling besar dan tertinggi untuk hamba-hamba Allah Taala iaitu apabila dapat melihat wajah Allah Taala di Syurga. Inilah kemuncak nikmat dibandingan dengan nikmat-nikmat yang telah ada di dalam Syurga itu sendiri. =)
Sekian. Assalamualaikum.
Sumber: Syahirul.Com

Monday, October 15, 2012

Untuk Hawa..andai mahu menerima cinta Adam..





1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..


andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. 
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..


2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..


andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima.. kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..


3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..


andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..







Penulis : Oleh itu, pilihlah yang terbaik sebagai teman hidup kita.. doakan yang terbaik.. JODOH ITU MILIK ALLAH SWT.. maka buatlah istikharah mohon petunjuk Ilahi agar kita mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.. =)





Saturday, October 13, 2012

Ulama' - Ulama' Yang Pernah Ku Temui!!

Antara Ulama' Yang Pernah Ku Temui...

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al - Banjari al - Makki
ulama' tersohor nusantara 

Al-Fadhil
Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib bertasal dari
Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1
September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah
suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau
menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan
pengajian dimadrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang
di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti
Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul- Ulama rahimahullah,
Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa
Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih
Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah. Pada tahun 1983
beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-
Syarif Mesir
dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda.
Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad ‘Ali Liddirasat
al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada
tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar,
beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada
ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia,
Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir
sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar
kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab
berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah
menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang
dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau
bertajuk At- Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk
Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

Al Alim Al Allamah Al Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:


1. Ustadz Hasan Baharom

2. Ustadz Soleh Bal As'ad

3. Ustadz Abdul Hamid

4. Ustadz Soleh Bin Agil

5. Ustadz Ahmad Barakwan

6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar



dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.


Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:


1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)

2. Al Habib Ali Masyhur

3. Al Habib Salim As Syatiri

4. Al Habib Hasan As Syatiri

5. Al Habib Abdullah Bin Syihab

6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur

7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus

8. Syeikh Fadal Ba Fadal

9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf

10. Syeikh Umar Husain Al Khatib

11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib

12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri



Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim

2. Dr. Saad Jawish

3. Dr. Ali Jum'ah

4. Dr. Muhammad Jibril



Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.


Al Alim Al Allamah Al Habib Syed Naqjamudin Syed Othman Al-Khered
merupakan ulama' berketurunan Nabi Muhammad SAW

Nama beliau adalah NAQJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.
 
Pendidikan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6. Muar High School hingga tingkatan 3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia). Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh. Kerjaya Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Karangan dan Terjemahan Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi). Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi).

Mengumpat: Say NO!


“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya 

yang lain...”


(Surah al-Hujarât:12)



Bismillah....

Mengumpat ini salah satu cara membuka aib orang lain...

Oleh itu, jangan sesekali nak mengumpat, bukan sahaja mengumpat tau??? tumpang dengar pun tak boleh.. 

Ingat!! Jangan pernah cuba untuk membuka aib saudara kita kerana jika tidak maka Allah SWT akan membuka aib kamu di akhirat kelak..

BERUSAHA UNTUK BERUBAH!! ANDA BOLEH!!


::KEJAYAAN MANUSIA HANYA ADA DALAM AGAMA::